Friday, September 18, 2009


Hari Raya Idilfitri : Yang Perlu &
Yang Jangan DiLakukan



Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.
Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan.
Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Nau'zubillah.
Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka
Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.
"waste of time!!" katanya lagi.
Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).
Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini.
Sebagaimana kata-kata hukama :-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ
Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)
BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?
Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.
Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :
دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)
Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :
من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ
Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )
Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).
Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.
MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?
Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.
Secara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-
1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.
2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah. Berdasarkan hadith Bukhari dan Muslim. Tamat jua peruntukan hebat ini di akhir Ramadhan.
3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadith Riwayat Ibn Majah yang sohih. Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan.
4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat. Ia berdasarkan firman Allah SWT.
5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. (Rujuk artikel lepas)
Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan.
TAMATNYA SIRI YANG DIMINATI
Bagi sesiapa yang ingin memahaminya dengan lebih lagi. Cuba anda bayangkan anda meminati sebuah rancangan drama di televisyen yang disiarkan tepat jam 5-6 petang setiap hari.
Rancangan yang tidak pasti akan ada ulangannya atau tidak ini, sudah anda ikuti siri-sirinya sejak sekian lama, tiba-tiba dengan sebab jem yang teruk di jalanan, anda terlepas dari menyaksikannya. Anda juga tidak pasti bagaimana atau samada anda boleh mendapatkan rancangan ulangannya. Demikian juga anda pasti merasakan sedih kerana rancangan kegemaran anda sudah hampir berakhir. Sedangkan anda masih belum puas menontonnya dan menikmatinya.
Sebagaimana perasaan hiba dua ibubapa yang ingin berpisah dengan anak kesayangannya setelah selesai musim cuti hariraya.
Dan sebagaimana sedinya ibubapa En Jazimin dan isterinya berpisah dengan buah hati mereka Al-Marhumah Nurin Jazlin buat selama-lamanya.
Demikianlah para mukmin soleh dengan Ramadhan, tamatnya siri hebat ramadhan ini amat memilukan bagi mereka yang hatinya bersinar dengan cahaya iman.
RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA
Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbala Allahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.

Selamat Hari Raya Idil Fitri

"Taqabballahu Minna Wa Minkum Solehal A'Mal"


Sekian dahulu,

Sumber dari UZAR.

Konsep 1 Malaysia


BAHAN MAKLUMAT - Konsep 1 Malaysia ( Penjelasan Mengenai Lapan Nilai)
‘1 MALAYSIA’


1. PENGENALAN


Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama perlu menganggap diri mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat. Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara

1 Malaysia membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum. ‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat sebagai mana slogan YAB Perdana Menteri iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

‘1 Malaysia’ memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada negara.

1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara.

Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan serta mengetepikan kepentingan peribadi demi negara Malaysia. Pemimpin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat.

Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri. Negara ini adalah negara untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan di kalangan rakyat. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Pemimpin dan rakyat perlu memahami dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integiti.

2. DEFINISI

Konsep 1 Malaysia menurut penjelasan YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
“Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”.

2.1 Huraian
Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan kesimpulan berikut :

2.1.1 Konsep 1 Malaysia menuntut setiap warganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut “Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People” menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah juga dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat “dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” lebih menjurus dan bersangkutan dengan kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

2.1.2 Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep 1 Malaysia

“Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita” telah dilaksanakan kerajaan semenjak kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan negara melayani kehendak dan keperluan setiap etnik melalui wakil kaum masing-masing.

Melalui konsep 1 Malaysia, YAB Perdana Menteri mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.


3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN KONSEP MALAYSIAN MALAYSIA

Berpandukan definisi konsep 1 Malaysia yang dinyatakan di atas, konsep 1 Malaysia memiliki kelainan seperti berikut:

3.1. “Konsep Malaysian Malaysia adalah satu dasar yang mahu menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan yang wujud buat sekian lama. Keadilannya diambil secara membuta tuli dengan mengambil konsep kesamarataan versi total. Tetapi konsep 1 Malaysia lebih kepada untuk mengharmonikan rakyat dalam ruang lingkup yang berbeza”.

3.2. Di samping menjaga kepentingan semua kaum, konsep 1 Malaysia juga menekankan soal integrasi dan pengwujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan sejarah negara Malaysia.


4. KEDUDUKAN KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep 1 Malaysia ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.


5. HUBUNGAN KONSEP 1 MALAYSIA DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1 Malaysia dan dasar-dasar megara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Beliau menegaskan “konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan, adalah kesinambungan daripada dua konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya “1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara telah disambung oleh Perdana-Perdana Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.


6. MATLAMAT

‘1 Malaysia’ bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.


‘1 Malaysia’ juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak iaitu ‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

7. NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep ‘1 Malaysia’. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai-nilai tersebut adalah:

1. Budaya kecemerlangan
2. Ketabahan
3. Rendah hati
4. Penerimaan
5. Kesetiaan
6. Meritokrasi
7. Pendidikan
8. Integriti

7.1. BUDAYA KECEMERLANGAN

Pengamalan budaya cemerlang akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan pencapaian masyarakat dan negara bergantung setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan oleh rakyatnya.

7.1.1 Budaya cemerlang perlu dilaksanakan secara berterusan dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran tahap pencapaian atau kemajuan.

7.1.2 Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa amat penting dalam menentukan kemajuan dan penerimaan orang lain terutama apabila berurusan dengan pihak-pihak luar negara.

7.1.3 Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan kecemerlangan dan kejayaan.

7.1.4. Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan dalam segala bidang terutama dalam sistem perdagangan dunia yang berteraskan eksport.

7.2. KETABAHAN

Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja memerlukan ketabahan dan ketekunan mereka. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.

7.2.1 Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.

7.2.2 Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi serta tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai sesuatu matlamat.

7.2.3. Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang terdahulu.

7.2.4. Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu dikaji kelemahan-kelemahan yang ada dan perlu memperbaikinya secara positif.

7.2.5 Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan berjaya

7.2.6 Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan perubahan yang lebih besar dan menakjubkan

7.5.7 Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.

7.3 RENDAH HATI

Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting untuk dimiliki. Dalam Islam, rendah hati dikatakan Tawaduk’. Sifat merendah diri amat digalakkan dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang yang merendah diri.

7.3.1 Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita tunduk atau mengalah dengan orang lain.

7.3.2 Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara yang tidak digemari masyarakat Malaysia.

7.3.3 Masyarakat Malaysia amat menghormati serta menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh terhadap sesuatu prinsip.

7.3.4 Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.

7.3.5 Apabila berada di luar negara serta berurusan dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.


7.4. PENERIMAAN

Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur terpaksa. Manakala toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya diterima dengan ketidakjujuran.

7.4.1 Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama.

7.4.2 Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.

7.4.3 Semua program dan peruntukan kewangan daripada kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan, lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan fahaman politik.

7.4.4 Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa, subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu adil mencerminkan keperluan ‘1 Malaysia’.
7.4.5. Pembangunan diri tanpa mengambil mengira jantina dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh keupayaan peribadi dan bakat seseorang.


7.5 KESETIAAN

Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara adalah prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi. Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok sendiri.

7.5.1 Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan, keteguhan, kejayaan, kecemerlangan dan.

7.5.2 Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami kehancuran.

7.5.3 Kesetiaan akan membina kepercayaan serta menjalin satu ikatan peribadi antara dua pihak.

7.5.4 Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga atau pemimpin.

7.5.5 Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima dalam perhubungan bagi menterjemahkan kepada kejayaan. Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau kekurangan adalah lambang setia kawan.

7.5.6 Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat dibaiki untuk kebaikan bersama.

7.5.7 Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur atau dikritik.

7.5.8 Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan melaksanakan tugas dengan cemerlang.

7.5.9 Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu berasaskan kepada keupayaan, pencapaian dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap perhubungan.

7.5.10.Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai. Perhubungan yang berasaskan kepada cara mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

7.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi peluang untuk memacu pembangunan negara.

7.6.1 Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang bernasib baik
atau ketinggalan seperti masyarakat yang tinggal di kawasan pendalaman, estet-estet dan perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk membantu golongan tersebut..

7.6.2 Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria tersebut berhak dipilih.

7.6.3 Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua bidang.

7.6.4 Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.

7.6.5 Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan melalui persaingan yang menitikberatkan kepada setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi yang kecemerlangan masing-masing dan serta memberi tawaran terbaik merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil yang dijanjikan.

7.6.6 Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/liberalisasi.



7.7 PENDIDIKAN

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan ketenteraan.

7.7.1 Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari segala-galanya.

7.7.2 Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa terbuka.

7.7.3 Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk memasukkan sekolah vernakular.

7.7.4 Semua aliran, sama ada sekolah kebangsaan , sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan aktiviti bersama.

7.7.5 Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu dipupuk untuk membentuk satu Malaysia.


7.8 INTEGRITI

Adalah penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilai-nilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira kedudukan.

7.8.1 Bersikap jujur terhadap sesuatu tindakan dan percakapan.

7.8.2 Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima.

7.8.3 Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

7.8.4 Menepati janji dan masa adalah sifat mulai yang dituntut dalam agama Islam. Memungkiri janji boleh mengikis kepercayaan dan kesetiaan.

7.8.5 Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan yang dilakukan

7.8.6 Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran tidak sah.

7.8.7 Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok tertentu perlu dijauhi.


8. KESIMPULAN


Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara.

Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan.

Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep ‘1 Malaysia’ ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

Ok jangan tak hayati, mesti hayati. ok.... bye bye

40,000 Dos Vaksin H1N1 Tiba Akhir Bulan Depan







Sebanyak 40,000 daripada 400,000 dos vaksin Influenza A(H1N1) yang ditempah Kementerian Kesihatan dijangka tiba di negara ini akhir bulan depan, kata Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata vaksin tersebut akan diedarkan secara sama rata, namun disebabkan dos yang terhad kementerian akan mendahulukan golongan barisan hadapan seperti doktor dan jururawat selain golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung serta kanak-kanak.

Baki 360,000 dos vaksin pula akan tiba awal Januari tahun depan, katanya.

Liow berkata kesemua vaksin itu yang bernilai RM14 juta diperoleh daripada syarikat farmaseutikal, GlaxoSmithKline (GSK) yang berpusat di United Kingdom.

Bagaimanapun, katanya kementerian yang sedang dalam proses tempahan vaksin peringkat kedua sedang meneliti beberapa inisiatif dan pengeluar lain bagi mendapatkan harga dan kualiti terbaik.

"Kami perlu membuat tempahan awal dan kami sedang mencari kualiti yang terbaik. Kami berusaha untuk mendapatkan sebanyak mungkin sumber termasuk dari China dan Taiwan supaya jika berlaku kecemasan, kami dapat memperoleh lebih banyak vaksin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Komuniti Orang Asli Sungai Gapoi di sini, Rabu.

Liow juga berkata walaupun vaksin itu tidak melalui ujian klinikal yang ketat seperti yang lazimnya diamalkan di negara ini, namun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi 'lampu hijau' kepada vaksin berkenaan.

"Kami serahkan kepada individu untuk membuat keputusan sama ada untuk mengambil vaksin itu atau sebaliknya. Bagi kementerian, kami menganggapkannya selamat," katanya.

Dalam pada itu, Liow berkata kerajaan telah mengarahkan pembinaan fasiliti penghasilan vaksin dalam masa terdekat.

"Kami sedang dalam proses membina sebuah fasiliti penghasilan vaksin. Ninebio Sdn Bhd telah diarahkan supaya menubuhkan fasiliti berkenaan," katanya.

Selain itu, selaras dengan amaran WHO mengenai kemungkinan gelombang kedua H1N1, Liow berkata Kabinet telah meluluskan RM158 juta untuk menambah katil dan kelengkapan di Unit Rawatan Rapi bagi menghadapi kemungkinan itu.

Katanya kementerian sedang membuat perancangan teliti dalam menghadapi kemungkinan amaran yang dikeluarkan WHO itu terutamanya menjelang musim tengkujuh akhir tahun ini.

Alhamdullillah apa yang dirancang oleh KKM akhirya berjaya mendapat dos vaksin H1N1. Amin

Thursday, September 17, 2009

PEKANBARU INDONESIA HEALTH TOURISM MARKETING





Bersama Dr Wan Hazmy & En Sharul dari KPJ HQ. Buat health tourism marketing @ Pekanbaru. Tapi, malang x berbau, kena cekup & di soal siasat oleh pihak Polis Pekanbaru selama 4 jam sehingga maghrib. Yang kena cekup saya & Dr Wan. Masa tu, x tahu apa nak jadi, hanya Allah yang dipohon untuk membantu. Mujur Tn Hj Aziz cekap membantu kami & akhirnya selamat kembali ke Malaysia dengan selamat. Pengalaman yang sungguh ngeri untuk diceritakan.....Alasan kena cekup tidak mendapatkan Business Visa semasa melakukan marketing health tourism....

Apa2pun semuanya OK,,,,,,,

Kenanganku 1st Berhari Raya di KPJ Seremban Bersama2 GM, OM, KPJ Staff & Patient


Oh KPJ Seremban, since i was joined @ KPJ Seremban, this is the 1st time we are organising the 1st day Hari Raya with the GM, OM, Sr Kamalam, PR & Mktg Staff & Patient in 2008 Hari Raya. The memory still fresh in my mind & i totally miss that opportunity for this year. Hope this year festive they will invite me. He he

The event is very wonderful & meaningful to me due to unexpeceted that i will leaving soon KPJ & joining the Gov sector.

I hope this kind activity will be continued in future......

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YNAG MULIA, MAAF ZAHIR & BATIN








Sape pakai mask kat tempat sesak???

Kementerian Kesihatan bersungguh dalam menangani penularan wabak H1N1 agar virus tidak merebak secara drastik dan pantas yang mana boleh menjejaskan keharmonian & kesejahteraan rakyat Malaysia. Namun, pada pendapat anda sejauh manakah rakayat Malaysia atau mahupun diri kita sendiri menyahut cabaran kementerian bagi memakai topeng muka, hidung & mulut semasa berada di tempat2 awam yang sesak & tertutup seperti, shopping complex, terminal bas/teksi, bazaar ramadhan dan banyak lagi.


Tinjaun saya semasa membeli-belah di Batu Pahat Mall, didapati hampir 90% rakyat Malaysia kebal & tak takut terhadap bahaya penangan virus H1N1. Mereka amat yakin bahawa mereka tidak akan sama sekali dijangkiti virus apa sekali pun. Namun kita harus ingat bahawa, Allah tidah merubah nasih sesuatu kaum itu, kecuali kaum itu sendiri yang berusaha merubahnya. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT, manakala yang keji & hina itu datangnya dari kelemahan serta kejahilan diri mereka sendiri.


Betul jugak, apa yang dikatakan oleh pihak WHO semasa lawatan kajian tinjauan pasukan mereka ke Malaysia. Di mana mereka ada mengeluarkan kenyataan di mana kebanyakan rakyat Malaysia masih diperingkat pengamalan sikap sambil lewa & acuh tak acuh terhadap bahayanya virus H1N1. Namun begitu, pihak WHO memuji langkah proaktif yang telah diambil oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dari segi tindakan kawalan penularan virus H1N1, kempen kesedaran H1N1 pada orang ramai, kempen kepada pihak media elektronik & cetak bagi memastikan setiap rakyat Malaysia memperolehi maklumat yang tepat & terkini serta menyekat penularan virus H1N1 terus bermaharajalela di bumi Malaysia yang tercinta. Bersama2lah kita memanjat doa & tunaikan solat hajat agar virus ini dapat di hapuskan sama sekali. Amin


Fikir2kan lah........

Al-Fatihah











Al-Fatihah kepada roh tok ayah, tok mama, abah & isteri sempena kemergian mereka kerahmatullah. Bersama2lah kita berdoa agar roh2 mereka ditempatkan ke dalam golongan muslimin & muslimat yang soleh serta solehah.. Al-Fatihah.

Terasa sunyi sebab nak balik Batu Pahat, x de tok ayah & tok mama, dah tak syok & happy macam2 dulu. Kalau dulu seingatan anta tok mama every year bagi RM100 masa birthday & hari raya pun RM100, miss u so much tok mama & tok ayah & abah & isteri....

Menu Berbuka Puasa



1st day berbuka puasa di rumah emak, menunye amat lazat sekali x boleh nak bayang....




Semua adik-beradik balik, happy sekali. Tak terlupa celebrate harijadi kakak nani... ha tu dia jgn malas belajar nanti sape susah... kita sendiri yang susah... betulkan...




Media Briefing for Media @ PJ Hilton




Recently on 8th Sept, 2009, my department has collabrated with Control Disease Division, Health Education Communication Center & Minister officer, in conjunction with organizing a H1N1 Media Briefing to all Chief Bureau/Editor Media Print & Electronic together with a special Press Conference by Minister of MOH.




UITM LENDU STUDENTS




Salam,

Pada 14Hb Sept, 6 orang pelajar2 UITM Lendu, Melaka iaitu semester akhir Diploma Mass Comm, telahpun menemuramah saya berkenaan Strategi KKM & Bahagian Komunikasi Korporatdi dalam usaha menangani kekangan & permasalahan penularan H1N1 di Malaysia.


Diantara soalan2 pelajar2 tersebut adalah seperti di bawah:


RQ: What are the challenges faced by the corporate communication of the MOH Malaysia regarding H1N1 outbreaks?

Questionnaires;

1. What are the common problems that faced by MOH regarding H1N1?

2. How do you (corp comm) overcome these problems?

3. How to deal with the public and related organizations in order to solve/overcome these problems?

4. When do you think these problems will stop?

5. What are the obstacles in order to prevent these problems?

6. How to prevent these problems from happen again?

7. Do the public complain to you about lack of information about H1N1?

8. What are the action that MOH takes to overcome these problems?

9. How do KKM answers the public regarding about the vaccination?

10. Will there be a new vaccine developed for the current infection?

11. When public wants to know whether is it safe to travel?

12. What does the current WHO pandemic alert phase 5 mean?

13. People wants to know what is the difference between a probable case and confirmed case, how do KKM deal with it?
What are the communication chains used by Ministry of Health Malaysia to disseminate information about H1N1 outbreaks?

Session 2


1. How does the Ministry of Health Malaysia determine the most effective communication chains in order to disseminate information about H1N1 outbreaks?

2. What are the effects that this communication chains has cause in disseminate information about H1N1 outbreaks?

3. Does this communication chain result any harmful towards public as in miscommunication on information about H1N1 outbreaks?

4. How successful does this communication chain in disseminate information about H1N1 outbreaks?

5. Does Ministry of Health Malaysia use the same communication chain practiced by other organization/ countries?

6. What are the differences uses by the Ministry of Health Malaysia to disseminate information about H1N1 outbreaks compared to other organization/ countries?

7. What are the guides’ uses by the Ministry of Health Malaysia in choosing communication chain in order to disseminate information about H1N1 outbreaks?

8. Is there any other communication strategy that will be use by the Ministry of Health Malaysia in order to disseminate information about H1N1 outbreaks sometimes in the future?

9. Would Ministry of Health Malaysia changed the way they disseminate information about H1N1 outbreaks as they used to be if this fatal disease getting worse in the future?

10. Why Ministry of Health Malaysia chooses this communication chain in order to disseminate information about H1N1 outbreaks?

InsyaAllah semuanya beres.....



Kempen BerHari Raya Tanpa H1N1







1. Pertama kali, sukacitanya saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” dan bagi yang bukan beragama Islam sudah tentu peluang pada cuti umum ini akan digunakan samada untuk melancong bersama keluarga atau pulang ke kampung halaman masing-masing. Sudah menjadi kebiasaanya di Malaysia ini, yang mempunyai masyarakat yang majmuk setiap kali musim perayaan tidak kira Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan perayaan-perayaan yang lain, hampir keseluruhan warga kota ini akan berpusu-pusu meninggalkan ibu kota menuju ke kampung halaman masing-masing. Ini menambahkan kemeriahan sambutan hari perayaan di Malaysia ini.


2. Walau bagaimanapun akhir-akhir ini seluruh dunia dan tidak terkecuali negara kita ini telah dilanda dengan wabak Influenza A (H1N1). Walaupun keadaan penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini masih terkawal dan tidak seperti negara-negara lain, tetapi pihak Kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan penularan wabak ini dapat dibendung dari terus merebak.


3. Pelbagai langkah telah dilaksanakan dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat bagi mencegah penularan wabak ini. Suka saya menegaskan di sini, kepada orang ramai yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) yang ringan dinasihatkan untuk duduk di rumah (Self-Quarantine) Bagi mereka yang mempunyai simptom dan termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah segera mendapatkan rawatan doktor di klinik-klinik Kerajaan yang terdekat. Untuk makluman kepada semua rawatan antiviral yang diberikan di klinik-klinik Kerajaan adalah percuma.


4. Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan meningkatkan tahap kebersihan diri, mencuci tangan secara kerap dengan sabun penyahkuman (sanitizer) terutamanya selepas batuk, bersin atau selepas bersalaman atau apabila anda menyentuh bahan mentah, permukaan tercemar, muka. hidung atau telinga dan sentiasa mengamalkan adab batuk. Ini kerana wabak ini mudah merebak melalui batuk dan bersin, oleh itu pemakaian topeng mulut sentiasa digalakkan terutamanya ketika berada di kawasan yang sesak dan tertutup.


5. Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengambil kesempatan ini untuk mempergiatkan lagi usaha-usaha kempen H1N1 untuk membentung wabak ini daripada terus menular ke kawasan-kawasan lain. Oleh yang demikian, 4 fasa yang perlu diambil kira akan diperkenalkan pada hari iaitu:


Fasa 1 : Sebelum Balik Ke Kampung


1. Orang ramai hendaklah menentukan jenis kenderaan yang akan dipilih samada kenderaan awam atau kenderaan sendiri.


2. Bagi golongan yang berisiko tinggi seperti seperti kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, wanita hamil, pesakit asthma, pesakit diabetes, pesakit imuniti rendah dan sebagainya dinasihatkan supaya memilih kenderaan yang kurang sesak untuk pulang ke kampung seperti menaiki kenderaan sendiri atau keluarga, kurangkan tempoh berada di dalam kenderaan awam, jika menggunakan kenderaan awam, perlu memakai topeng mulut dan hidung untuk mengelakkan jangkitan influenza A(H1N1)

3. Semasa berada di terminal pengangkutan awam yang sesak, mereka yang mempunyai simptom dan golongan berisiko tinggi mesti memakai topeng mulut dan hidung.

Fasa 2: Semasa dalam perjalanan


1. Syarikat pengangkutan bertanggung jawab untuk:
i. Menyediakan hand sanitizer kepada penumpang kenderaan awam.
ii. Memberikan topeng mulut dan hidung kepada penumpang yang mempunyai gejala ILI dan
iii. Seboleh-bolehnya asingkan atau pindahkan orang yang mempunyai simptom ILI ke tempat duduk yang agak jauh daripada orang lain.

2. Orang awam juga digalakkan agar:
i. Sentiasa membawa bersama topeng mulut dan hidung serta hand sanitizer bagi tujuan penggunaan apabila keadaan memerlukan dan
ii. Sekiranya seseorang mempunyai simptom ILI atau tergolong di dalam kumpulan berisiko tinggi, mereka hendaklah memakai topeng mulut dan hidung.

Fasa 3: Semasa berada di kampung


1. Bagi individu yang bersimptom influenza-like illness
i. Mereka perlu asingkan diri daripada ahli keluarga
ii. Sekiranya perlu bersama-sama ahli keluarga, mereka perlulah memakai topeng mulut dan hidung
iii. Elakkan daripada berada terlalu dekat dengan ahli keluarga termasuklah memeluk ahli keluarga yang terdiri daripada golongan berisiko seperti kanak-kanak berumur kurang daripada 5 tahun, wanita hamil, pesakit asthma, pesakit diabetes, obes, pesakit imuniti rendah dan sebagainya
iv. Seboleh-bolehnya tidak menghadiri tempat yang sesak atau keramaian umpamanya mengunjungi rumah terbuka, majlis kenduri dan juga termasuklah bersembahyang sunat Hari Raya kerana dikhuatiri mereka akan menularkan jangkitan ini kepada orang lain. Namun jika mereka ingin juga mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya, mereka hendaklah memakai topeng muka dan hidung serta membawa bersama sejadah atau lapik sembahyang supaya ia tidak dikongsi dengan orang lain.
v. Meneruskan amalan kebersihan diri, adab batuk dan mencuci tangan secara kerap.

Fasa 4: Setelah kembali dari kampung


1. Terus mengamalkan kebersihan diri, amalan mencuci
tangan secara kerap dan adab batuk.


2. Sekiranya tidak sihat, mereka dinasihatkan untuk meneruskan cuti dan tidak terus pergi ke sekolah atau ke tempat kerja.

3. Sekiranya simptom berlanjutan, sila dapatkan rawatan doktor.

4. Sentiasa mengambil tahu perkembangan terkini mengenai wabak influenza A(H1N1) dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang disyorkan oleh KKM.


6. Sesungguhnya pihak Kementerian Kesihatan tidak sama sekali mahu menghalang atau menyekat kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini tetapi apa yang kami mahukan agar kemeriahan dan keceriaan ini akan berterusan di samping insan yang tersayang demi keselamatan serta kesejahteraan mereka. Kami juga tidak mahu kemeriahan ini terganggu dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan telah mengariskan 4 fasa yang perlu diambil kira semasa menyambut mana-mana perayaan sekalipun yang bakal dan akan tiba. Dan saya yakin sekiranya garis panduan ini dilaksanakan sepenuhnya kita akan dapat mengurangkan bahkan mengekang penularan wabak ini. Seterusnya harapan kempen ini “Hari Raya Tanpa H1N1” akan berjaya dilaksanakan dengan sokongan daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Pencegahan ini bukan semata-mata tanggungjawab hakiki kementerian Kesihatan malah ianya juga menjadi tanggungjawab bersama dari pihak NGO, Syarikat-syarikat Swasta dan masyarakat amnya.


7. Sebagai permulaan kepada kempen ini, pihak Kementerian Kesihatan telahpun bekerjasama dengan pihak pengurusan Terminal Bas Jalan Duta iaitu Konsortium Transnasional Berhad untuk bersama-sama menjayakan Kempen ini dimana memberikan topeng muka, sabun penyahkuman dan risalah berkenaan H1N1 secara percuma kepada semua penumpang yang menggunakan perkhidmatan awam ini. Pihak Kementerian juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan terminal bas, pihak NGO dan syarikat-syarikat GLC serta swasta kerana sudi menggembeling usaha dan tenaga untuk bersama-sama memastikan penularan wabak ini dapat di kekang. Harapan saya semoga usaha ini akan dapat diteruskan ke terminal-terminal pengangkutan awam yang lain secara menyeluruh diseluruh negara amnya. Kita semua sektor awam dan swasta harus bekerjasama untuk memastikan wabak ini tidak terus merebak ini kerana semua ini adalah tanggungjawab kita semua.


8. Saya juga berasa sungguh berbesar hati kerana kempen ini juga turut mendapat sokongan daripada sektor swasta yang lain yang sudi menghulurkan bantuan dan sokongan dalam menangani masalah yang kita hadapi ini. Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua saya pasti usaha ini tidak akan berjaya, terima kasih saya ucapkan kepada semua. Kepada semua wakil-wakil media massa dan elektronik, harapan saya ialah agar usaha dan kempen yang Kementerian telah laksanakan dan yang akan dilaksanakan akan terus di war-warkan kepada semua rakyat di media masing-masing. Usaha dan sokongan daripada media yang telah kami terima sehingga hari ini sangat-sangat membantu, sekalung terima kasih saya ucapkan kepada semua media yang terlibat.



9. Akhir kata daripada saya, “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri” saya ucapkan kepada semua yang beragama Islam dan harapan saya semoga perjalanan tuan-tuan dan puan-puan ke kampung halaman diiringi dengan keceriaan dan harapan saya agar tuan-tuan dan puan-puan mengamalkan 4 fasa yang telah digariskan semoga hari raya anda “Hari Raya Tanpa H1N1”. “ Pandu Cernat Jiwa Selamat & Ingatlah Orang Yang Tersayang”


Wassalam,

Jangan makan banyak ketupa & lomang nanti sakit perut...... apa lagi masuk hospital,... wachaaaa.....
Kempen BerHari Ta

Salam,


Baru2 nie bahagian saya telahpun menerima 1 pasukan PKP (Pegawai Khidmat Pelanggan) seramai 25 orang. Semua staf akan ditempatkan di bawah pengawasan bahagian bagi memantau perkhidmatan kaunter servis & teleponis & aduan.


Nie yang banyak cabaran nie. Tapi x pe kita keje 1Malaysia & Malaysia Boleh.


Jangan lupa bawak kit H1N1

Dikesempatan ini saya ingin memohon…
Ampun dan maaf andainya saya ini…Terkasar bahasa dalam berbicaraTersilap bicara semasa bersamaTermarah yang tak kena tempatnyaTertanya tak tentu hala..Tersasul yang tak sengajaTerpukul kat mana-manaTerpekik kuat di telingaTerhantuk terketuk di kepalaTerpinjam terambil harta & bendaTermoody tak semena-menaTerumpat bila ada cerita,Teremail benda yang tak sepatutnya anda terima (terutamanya subscriber)Termacam-macam yang kena-mengena..Di hari yang mulia sepuluh jari saya hulurkan semua,Memohon kemaafan atas segala dosa yang adaKerana saya masih bernama manusiaPastinya tak lepas membuat dosaSemoga dimaafkan,Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin dari saya sekeluarga.PANDU CERMAT JIWA SELAMAT & INGATLAH ORANG YANG TERSAYANGJANGAN LUPA BAWA KIT H1N1 SEMASA BALIK KE KAMPUNGIkhlas dari Hamilye & Keluarga